Notis Privasi
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka menghormati privasi ahli, peserta dan ibu bapa mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Data yang dikumpul
- Tuntutan sijil: nama, kategori peserta, negeri/daerah, sekolah, jenis sekolah, bangsa dan jawapan borang kepuasan — untuk menjana sijil dan laporan program.
- Ekspedisi Dunia: nama, sekolah/kumpulan, peringkat dan daerah — untuk sijil dan statistik. Nama tidak dipaparkan di papan pemuka awam.
- Portal: nama, peranan, daerah dan unit pengguna berdaftar. No. kad pengenalan, tarikh lahir dan alamat rumah tidak disimpan.
Penggunaan & perlindungan
- Data hanya digunakan untuk urusan Pengakap: sijil, laporan program, pemantauan dan perhubungan.
- Portal log masuk, API dan halaman pengesahan sijil tidak diindeks oleh enjin carian.
- Akses dikawal ikut peranan dan daerah; setiap perubahan direkod dalam log audit.
Hak anda
Anda boleh memohon semakan atau pembetulan data melalui pejabat negeri.

